Monday, October 10, 2011

Perbezaan Antara Deodoran Biasa,Antiperspiran Dan Deodoran Bioasli

Mengapa perlu memilih deodoran alami ?

Antiperspiran
Kebanyakan orang berfikir bahawa antiperspiran dan deodoran adalah sama. Hakikatnya keduanya adalah produk yang sangat berbeza. Perbezaan mendasar terletak pada mekanisma fungsi produk ini, dan potensinya mempengaruhi kesihatan. Pada dasarnya kedua-duanya merupakan bahan kimia yang menggunakan proses yang berbeza untuk mengurangkan bau badan. Sebahagian bahan tertentu dalam produk berkenaan dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun deodoran sering disebut sebagai alternatif yang lebih baik daripada kebanyakan antiperspirant.

Antiperspirant, selain mengandungi bahan wangian, ia juga mengandungi sebatian kimia yang berfungsi menyumbat, menutup atau menghalang pori-pori liang roma dengan astringents kuat seperti garam aluminium klorida, aluminium klorohidrat dan aluminium zirkonium sehingga peluh tidak dapat dilepaskan. (Nota : aluminium boleh terkumpul dalam otak.)


Deodoran Biasa
Sementara deodoran biasa berfungsi dengan meneutralkan bau keringat dan dengan bertindak sebagai antiseptik yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak. Deodoran tidak menghalang keringat, tetapi mencegah bau.

Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang deodoran, iaitu dengan beranggapan bahawa ia hanya bahan beraroma yang menutupi bau badan. Oleh itu mereka lebih cenderung untuk memilih antiperspirant, yang mereka anggap berfungsi menghilangkan bau, berbanding deodoran yang pada anggapan mereka hanya menutupi bau.

Kesimpulannya deodoran adalah lebih baik kerana ia tidak mengganggu proses perpeluhan, proses pendinginan tubuh semulajadi.

Kumpulan-kumpulan persatuan pengguna serata dunia kini terus menyuarakan keprihatinan atas alasan keselamatan dan kesihatan awam yang berhubung kait dengan produk kecantikan, dan tidak terkecuali deodoran dan antiperspirant. Beberapa kajian menunjukkan potensi risiko kesihatan yang berkaitan dengan sebatian aluminium ditemui di dalam kebanyakan antiperspirants. Kajian yang serupa juga telah menemukan risiko yang mungkin disebabkan oleh paraben di dalam beberapa deodoran. Kedua-duanya telah dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik, termasuk kanser payudara.

Sebahagian besar pengeluar dan pelbagai badan kesihatan dunia, menyatakan bahawa kajian berkenaan tiada cukup asas terhadap dakwaan mereka.Walaupun terdapat jaminan, serta perakuan profesional kesihatan berhubung dengan tiadanya bukti kukuh yang dapat dikaitkan risiko berbagai penyakit dengan penggunaan antiperspiran dan deodoran namun penggunaan deodoran adalah lebih disyorkan berbanding penggunaan antiperspirant, kerana penggunaan antiperspiran yang berfungsi menghalang pori-pori dan mencegah keringat mungkin bukan pilihan yang sihat.


Deodoran Bioasli
Sebagaimana kebanyakan deodoran, deodoran Bioasli tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh atau menghalang keringat, tetapi berfungsi menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila seseorang berpeluh, meneutralkan bau keringat dan bertindak sebagai antiseptik, yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak, selain menutupi bau.
Kehadiran minyak kelapa dara, yang bersifat anti bakteria, anti virus dan anti kulat sebagai komponen utamanya, menjadikannya sangat berkesan untuk menghalang sebarang aktiviti bakteria pada mana-mana bahagian luar kulit manusia yang berpotensi menghasilkan bau yang tidak diingini.
Selain itu minyak kelapa dara yang terdiri dari MCFA sangat membantu memelihara mana-mana bahagian kulit yang terlibat. Minyak kelapa dara sangat berkeupayaan untuk membantu meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru menggantikan sel-sel kulit yang mati. Hasilnya kulit akan tetap anjal dan segar. Manakala kandungan antioksidan dalam minyak kelapa dara sangat berupaya menghalang sebarang tindak balas aktiviti radikal bebas, membantu melambatkan proses penuanan (kedutan) pada mana-mana bahagaian kulit yang terlibat.
Sesuatu yang menarik deodoran Bioasli bebas dari penggunaan sebarang paraben yang biasa digunakan dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran.Walaupun deodoran Bioasli sangat popular digunakan pada bahagian ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh lain, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini, seperti di bahagian ari-ari, atau mana-mana bahagian lain yang difikirkan perlu.

Cara Mengetahui Perbezaan Antara Deodoran Dan Antiperspiran

Untuk memelihara dan menjaga agar kulit sentiasa sihat, tetap kering dan mengelakkan kegatalan, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara deodoran dan antiperspiran. Ada banyak jenis deodoran dan antiperspirant di pasaran, namun sebelum membuat pilihan samada berdasarkan jenama atau aroma, perlu diketahui beberapa maklumat asas tentang deodoran dan antiperspiran.
1.Deodoran

i. Deodoran digunakan untuk menutup bau atau memusnahkan bakteria yang menyebabkan bau. Ia tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh, tetapi sebaliknya berfungsi menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila sesaorang berpeluh, samada dengan memusnahkan bakteria yang berperanan melakukan penguraian peluh, punca bau yang tidak enak.

ii. Deodoran boleh digunakan pada mana-mana bahagian tubuh, bukan hanya pada bahagian ketiak. Walaupun deodoran sangat popular digunakan pada ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini.

iii. Deodoran boleh didapati samada dalam bentuk mineral, gel, serbuk, krim dan juga semburan. Bagi deodoran yang dalam bentuk serbuk amat sesuai digunakan pada bahagian kaki, sementara krim dan semburan deodoran sesuai digunakan di bawah lengan atau ketiak.

2.Antiperspiran.

i. Ramai menganggap bahawa antiperspiran adalah subset dari deodoran, tapi tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Sebenarnya deodoran menghalang bau, manakala antiperspirants menghalang peluh.

ii. Diantara kandungan utama antiperspiran adalah sebatian aluminium yang berfungsi secara berkesan untuk mengurangkan pengeluaran peluh.

iii. Antiperspirant memasuki tubuh anda melalui saluran peluh dan membentuk plug sementara untuk tidak membenarkan pelepasan keringat. Ia adalah seumpama gabus yang menyekat pembukaan pada sebiji botol.

iv. Tidak seperti deodoran, antiperspiran kebiasaannya hanya digunakan pada bahagian ketiak tubuh sahaja, dan jarang digunakan pada bahagian tubuh yang lain.

v. Seperti deodoran, antiperspiran boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk gel, krim serbuk, dan juga semburan.

Sunday, October 9, 2011

Hubungan Antara Antiperspiran Atau Deodoran Dengan Kanser Payudara


Pada tahun 2002, telah dilaporkan satu kajian tentang kaitan antara kanser payudara dengan antiperspiran ketiak dan deodoran. Hasil kajian berkenaan tidak menunjukkan peningkatan risiko kanser payudara pada wanita yang menggunakan antiperspiran ketiak atau deodoran. Keputusan kajian juga menunjukkan tidak ada peningkatan risiko kanser payudara untuk wanita yang menggunakan pisau pencukur (bukan elektrik) dan antiperspiran atau deodoran ketiak, atau untuk wanita yang dilaporkan menggunakan deodoran antiperspiran di ketiak atau dalam 1 jam pencukur dengan pisau pencukur. Kesimpulan ini didasarkan pada wawancara dengan 813 wanita yang mengidap kanser payudara dan dengan 793 wanita tanpa sejarah kanser payudara.

Namun pada tahun 2003, dalam sebuah kajian yang berbeza, telah dikeluarkan satu penemuan berhubung dengan kekerapan mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran/deodoran oleh 437 mangsa kanser payudara. Kajian ini mendapati bahawa umur wanita yang mendapat rawatan kanser payudara secara signifikan lebih awal pada wanita yang menggunakan produk berkenaan dan melakukan pencukuran ketiak mereka lebih kerap. Selain itu, wanita yang telah melakukan kebiasaan mencukur ketiak dan menggunakan antiperspiran dan deodoran sebelum usia 16 tahun didapati mengidap kanser payudara pada usia lebih awal berbanding mereka yang melakukan kebiasaan tersebut lebih lambat.

Walaupun keputusan ini menunjukkan bahawa tabiat mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran serta deodoran mungkin ada kaitannya dengan kanser payudara, namun ia tidak menunjukkan keputusan yang konklusif, berkenaan dengan hubungan diantara kebiasaan amalan berkenaan (tabiat mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran serta deodoran) dengan kanser payudara.

Sumber Rujukan:-

Jones J. Can rumors cause cancer? Journal of the National Cancer Institute 2000; 92(18):1469–1471.
Darbre PD. Underarm cosmetics and breast cancer. Journal of Applied Toxicology 2003; 23(2):89–95.
Darbre PD. Aluminium, antiperspirants and breast cancer. Journal of Inorganic Biochemistry 2005; 99(9):1912–1919.
Harvey PW, Everett DJ. Significance of the detection of esters of p-hydroxybenzoic acid (parabens) in human breast tumours. Journal of Applied Toxicology 2004; 24(1):1–4.
Darbre PD, Aljarrah A, Miller WR, et al. Concentrations of parabens in human breast tumours. Journal of Applied Toxicology 2004; 24(1):5–13.
Mirick DK, Davis S, Thomas DB. Antiperspirant use and the risk of breast cancer. Journal of the National Cancer Institute 2002; 94(20):1578–1580.
McGrath KG. An earlier age of breast cancer diagnosis related to more frequent use of antiperspirants/deodorants and underarm shaving. European Journal of Cancer 2003; 12(6):479–485.
Fakri S, Al-Azzawi A, Al-Tawil N. Antiperspirant use as a risk factor for breast cancer in Iraq. Eastern Mediterranean Health Journal 2006; 12(3-4):478–482

Most View Video:Guru Parah,Pelajar Cedera Disimbah Asid