Sunday, November 6, 2011

Virgin Coconut Oil:Dealing with Diabetes to Enjoy Healthy Aging

Learning to deal with diabetes is never easy. It is bad enough we have to live in a greed-based world filled with confusion, violence, media junk, and so on. Still, those with diabetes can live healthy providing they adhere to diet, medications and exercise. Diabetes is a serious condition. The disease is the mother of all disease in the world and it is a killer.

What is diabetes?
Diabetes is a disease that you can get if you do not eat right or take care of your body. Genetics play a part in diabetes as well. In fact, hereditary is a hard cause of the problem. The disease can cause blindness. The disease can lead to amputation of legs, or feet. Diabetes is a disease that when your body does not produce enough insulin to break down sugar in the bloodstream. Diabetes includes two types, yet various levels are considered. Diabetes includes Diabetes Insipidus and Mellitus.

The first diabetes is where your body is incapable of producing enough insulin to do what its supposed to do. This type of diabetes is treatable. You will need medications, exercise and strict diet to maintain your health. Diabetes Mellitus has five types. Each type results from insulin interruptions whereas the system is disrupted. The disruption causes chaos within the body’s ability to function. The body cannot act naturally and it takes insulin shots to treat this condition depending on the type.

How would I know that I have this disease called diabetes?
If you go to your doctors on a regular basis, your doctor will monitor your health. If you have family history of diabetes, let your doctor know so he/she can conduct random testing. A glucose test is necessary to find diabetes. Blood lab tests are useful also to spot diabetes.

What you should watch for?
Drinking but not filling your thirst quench. If you feel fatigue often and don’t know, then you should be tested. Diabetes, depending on the type makes a person feels weak, endure pain, lose weight, gain weight, etc. The disease is so confusing to the bodily functions that it doesn’t know the direction to head.

What can I do to help me not to get this disease?
No one has control over disease but you. If you adhere to regular checkups, the doctor can spot the disease at an early stage, which the disease then can be managed. You need to eat right and do excises daily to help maintain your weight, since diabetes takes delight in feeding the disease to the point of death.

What happens to those with diabetes?
Unfortunately, the disease is not partial. The disease targets young and old alike. Once the disease develops it puts the person at risk of blindness.


Some people lose their legs or other limbs resulting from diabetes. Most people with diabetes are at risk of kidney failure. If you already have diabetes then listen to your doctor and follow all instructions. One of the top recommendations to diabetes patients is to consume much fluids. Your body is losing fluids as diabetes drains your bodily organs of its natural elements. You will also need to avoid saturated fat foods and basic sugars. In addition, your doctor will need to test you regularly to control your illness.

You want to take care when diabetes is present since it can lead to meningitis, headaches, tachycardia, dehydration, muscle weakness, pain, and so on. In addition, you may endure blurred vision, sexual dysfunctions, slow healing, and so on. Again, diabetes is a killer; so take care of your health.

Virgin Coconut Oil

Monday, October 10, 2011

Perbezaan Antara Deodoran Biasa,Antiperspiran Dan Deodoran Bioasli

Mengapa perlu memilih deodoran alami ?

Antiperspiran
Kebanyakan orang berfikir bahawa antiperspiran dan deodoran adalah sama. Hakikatnya keduanya adalah produk yang sangat berbeza. Perbezaan mendasar terletak pada mekanisma fungsi produk ini, dan potensinya mempengaruhi kesihatan. Pada dasarnya kedua-duanya merupakan bahan kimia yang menggunakan proses yang berbeza untuk mengurangkan bau badan. Sebahagian bahan tertentu dalam produk berkenaan dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun deodoran sering disebut sebagai alternatif yang lebih baik daripada kebanyakan antiperspirant.

Antiperspirant, selain mengandungi bahan wangian, ia juga mengandungi sebatian kimia yang berfungsi menyumbat, menutup atau menghalang pori-pori liang roma dengan astringents kuat seperti garam aluminium klorida, aluminium klorohidrat dan aluminium zirkonium sehingga peluh tidak dapat dilepaskan. (Nota : aluminium boleh terkumpul dalam otak.)


Deodoran Biasa
Sementara deodoran biasa berfungsi dengan meneutralkan bau keringat dan dengan bertindak sebagai antiseptik yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak. Deodoran tidak menghalang keringat, tetapi mencegah bau.

Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang deodoran, iaitu dengan beranggapan bahawa ia hanya bahan beraroma yang menutupi bau badan. Oleh itu mereka lebih cenderung untuk memilih antiperspirant, yang mereka anggap berfungsi menghilangkan bau, berbanding deodoran yang pada anggapan mereka hanya menutupi bau.

Kesimpulannya deodoran adalah lebih baik kerana ia tidak mengganggu proses perpeluhan, proses pendinginan tubuh semulajadi.

Kumpulan-kumpulan persatuan pengguna serata dunia kini terus menyuarakan keprihatinan atas alasan keselamatan dan kesihatan awam yang berhubung kait dengan produk kecantikan, dan tidak terkecuali deodoran dan antiperspirant. Beberapa kajian menunjukkan potensi risiko kesihatan yang berkaitan dengan sebatian aluminium ditemui di dalam kebanyakan antiperspirants. Kajian yang serupa juga telah menemukan risiko yang mungkin disebabkan oleh paraben di dalam beberapa deodoran. Kedua-duanya telah dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik, termasuk kanser payudara.

Sebahagian besar pengeluar dan pelbagai badan kesihatan dunia, menyatakan bahawa kajian berkenaan tiada cukup asas terhadap dakwaan mereka.Walaupun terdapat jaminan, serta perakuan profesional kesihatan berhubung dengan tiadanya bukti kukuh yang dapat dikaitkan risiko berbagai penyakit dengan penggunaan antiperspiran dan deodoran namun penggunaan deodoran adalah lebih disyorkan berbanding penggunaan antiperspirant, kerana penggunaan antiperspiran yang berfungsi menghalang pori-pori dan mencegah keringat mungkin bukan pilihan yang sihat.


Deodoran Bioasli
Sebagaimana kebanyakan deodoran, deodoran Bioasli tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh atau menghalang keringat, tetapi berfungsi menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila seseorang berpeluh, meneutralkan bau keringat dan bertindak sebagai antiseptik, yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak, selain menutupi bau.
Kehadiran minyak kelapa dara, yang bersifat anti bakteria, anti virus dan anti kulat sebagai komponen utamanya, menjadikannya sangat berkesan untuk menghalang sebarang aktiviti bakteria pada mana-mana bahagian luar kulit manusia yang berpotensi menghasilkan bau yang tidak diingini.
Selain itu minyak kelapa dara yang terdiri dari MCFA sangat membantu memelihara mana-mana bahagian kulit yang terlibat. Minyak kelapa dara sangat berkeupayaan untuk membantu meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru menggantikan sel-sel kulit yang mati. Hasilnya kulit akan tetap anjal dan segar. Manakala kandungan antioksidan dalam minyak kelapa dara sangat berupaya menghalang sebarang tindak balas aktiviti radikal bebas, membantu melambatkan proses penuanan (kedutan) pada mana-mana bahagaian kulit yang terlibat.
Sesuatu yang menarik deodoran Bioasli bebas dari penggunaan sebarang paraben yang biasa digunakan dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran.Walaupun deodoran Bioasli sangat popular digunakan pada bahagian ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh lain, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini, seperti di bahagian ari-ari, atau mana-mana bahagian lain yang difikirkan perlu.

Cara Mengetahui Perbezaan Antara Deodoran Dan Antiperspiran

Untuk memelihara dan menjaga agar kulit sentiasa sihat, tetap kering dan mengelakkan kegatalan, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara deodoran dan antiperspiran. Ada banyak jenis deodoran dan antiperspirant di pasaran, namun sebelum membuat pilihan samada berdasarkan jenama atau aroma, perlu diketahui beberapa maklumat asas tentang deodoran dan antiperspiran.
1.Deodoran

i. Deodoran digunakan untuk menutup bau atau memusnahkan bakteria yang menyebabkan bau. Ia tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh, tetapi sebaliknya berfungsi menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila sesaorang berpeluh, samada dengan memusnahkan bakteria yang berperanan melakukan penguraian peluh, punca bau yang tidak enak.

ii. Deodoran boleh digunakan pada mana-mana bahagian tubuh, bukan hanya pada bahagian ketiak. Walaupun deodoran sangat popular digunakan pada ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini.

iii. Deodoran boleh didapati samada dalam bentuk mineral, gel, serbuk, krim dan juga semburan. Bagi deodoran yang dalam bentuk serbuk amat sesuai digunakan pada bahagian kaki, sementara krim dan semburan deodoran sesuai digunakan di bawah lengan atau ketiak.

2.Antiperspiran.

i. Ramai menganggap bahawa antiperspiran adalah subset dari deodoran, tapi tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Sebenarnya deodoran menghalang bau, manakala antiperspirants menghalang peluh.

ii. Diantara kandungan utama antiperspiran adalah sebatian aluminium yang berfungsi secara berkesan untuk mengurangkan pengeluaran peluh.

iii. Antiperspirant memasuki tubuh anda melalui saluran peluh dan membentuk plug sementara untuk tidak membenarkan pelepasan keringat. Ia adalah seumpama gabus yang menyekat pembukaan pada sebiji botol.

iv. Tidak seperti deodoran, antiperspiran kebiasaannya hanya digunakan pada bahagian ketiak tubuh sahaja, dan jarang digunakan pada bahagian tubuh yang lain.

v. Seperti deodoran, antiperspiran boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk gel, krim serbuk, dan juga semburan.

Sunday, October 9, 2011

Hubungan Antara Antiperspiran Atau Deodoran Dengan Kanser Payudara


Pada tahun 2002, telah dilaporkan satu kajian tentang kaitan antara kanser payudara dengan antiperspiran ketiak dan deodoran. Hasil kajian berkenaan tidak menunjukkan peningkatan risiko kanser payudara pada wanita yang menggunakan antiperspiran ketiak atau deodoran. Keputusan kajian juga menunjukkan tidak ada peningkatan risiko kanser payudara untuk wanita yang menggunakan pisau pencukur (bukan elektrik) dan antiperspiran atau deodoran ketiak, atau untuk wanita yang dilaporkan menggunakan deodoran antiperspiran di ketiak atau dalam 1 jam pencukur dengan pisau pencukur. Kesimpulan ini didasarkan pada wawancara dengan 813 wanita yang mengidap kanser payudara dan dengan 793 wanita tanpa sejarah kanser payudara.

Namun pada tahun 2003, dalam sebuah kajian yang berbeza, telah dikeluarkan satu penemuan berhubung dengan kekerapan mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran/deodoran oleh 437 mangsa kanser payudara. Kajian ini mendapati bahawa umur wanita yang mendapat rawatan kanser payudara secara signifikan lebih awal pada wanita yang menggunakan produk berkenaan dan melakukan pencukuran ketiak mereka lebih kerap. Selain itu, wanita yang telah melakukan kebiasaan mencukur ketiak dan menggunakan antiperspiran dan deodoran sebelum usia 16 tahun didapati mengidap kanser payudara pada usia lebih awal berbanding mereka yang melakukan kebiasaan tersebut lebih lambat.

Walaupun keputusan ini menunjukkan bahawa tabiat mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran serta deodoran mungkin ada kaitannya dengan kanser payudara, namun ia tidak menunjukkan keputusan yang konklusif, berkenaan dengan hubungan diantara kebiasaan amalan berkenaan (tabiat mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran serta deodoran) dengan kanser payudara.

Sumber Rujukan:-

Jones J. Can rumors cause cancer? Journal of the National Cancer Institute 2000; 92(18):1469–1471.
Darbre PD. Underarm cosmetics and breast cancer. Journal of Applied Toxicology 2003; 23(2):89–95.
Darbre PD. Aluminium, antiperspirants and breast cancer. Journal of Inorganic Biochemistry 2005; 99(9):1912–1919.
Harvey PW, Everett DJ. Significance of the detection of esters of p-hydroxybenzoic acid (parabens) in human breast tumours. Journal of Applied Toxicology 2004; 24(1):1–4.
Darbre PD, Aljarrah A, Miller WR, et al. Concentrations of parabens in human breast tumours. Journal of Applied Toxicology 2004; 24(1):5–13.
Mirick DK, Davis S, Thomas DB. Antiperspirant use and the risk of breast cancer. Journal of the National Cancer Institute 2002; 94(20):1578–1580.
McGrath KG. An earlier age of breast cancer diagnosis related to more frequent use of antiperspirants/deodorants and underarm shaving. European Journal of Cancer 2003; 12(6):479–485.
Fakri S, Al-Azzawi A, Al-Tawil N. Antiperspirant use as a risk factor for breast cancer in Iraq. Eastern Mediterranean Health Journal 2006; 12(3-4):478–482

Sunday, October 2, 2011

Deodoran Minyak Kelapa Dara





Apakah itu deodoran?

Deodoran adalah produk penjagaan kebersihan, yang biasa digunakan dan mudah didapati hampir dalam setiap rumah. Boleh didapati dalam berbagai bentuk, samada pepejal, cecair, ataupun serbuk. Digunakan terutamanya di bawah ketiak, bagi menghilangkan bau badan yang berpunca dari aktiviti penguraian bakteria terhadap peluh. Bakteria berkenaan ‘memakan’ peluh dari apocrine glands, sel-sel kulit mati dan sel-sel bulu roma, lalu mengeluarkan asid 3-methyl-2-hexenoic.

Kebanyakan deodoran adalah berasaskan alkohol. Alkohol pada asalnya merangsang pengeluaran peluh, dan juga dapat memusnahkan bakteria. Bagaimanapun alkohol juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan ada kalanya menjadi radang kemerah-merahan. Selain itu kebanyakan cecair deodoran memiliki sifat-sifat anti-perspiran, yang mana ia berupaya menghentikan atau mengurangkan pengeluaran peluh secara ketara. Dengan yang demikian ia mengurangkan lembapan yang diperlukan oleh bakteria. Bahan yang paling kerap digunakan sebagai agen anti-perspirant adalah aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium zirkonium. Anti-perspiran yang berasaskan aluminium ini akan bertindak balas dengan elektrolit yang ada dalam air peluh, membentuk gel plugs dalam ‘sweat glands ducts.’ Gel plugs tersebut akan menghalang ‘sweat glands ducts’ dari mengeluarkan cairan peluhnya. Bagaimanapun ia akhirnya akan dikeluarkan juga melalui pertukaran sel-sel kulit.

Penemuan terakhir telah menunjukkan bahawa aluminium adalah bersifat ‘poisonous neurotoxin’, yang boleh terkumpul di dalam tubuh. Ia didapati boleh menyebabkan pemendakan amyloid proteins yang menjadi punca kekusutan sel-sel otak dalam kebanyakan kes ‘dementia’. Hasil dari kajian tersebut juga mereka menemukan bukti bahawa paras aluminium fluorida serendah 1ppm, boleh menyebabkan kesan buruk terhadap perkembangan otak. Aluminium yang bersifat ‘poisonous neurotoxin’ berpotensi merubah fungsi ‘blood brain barrier’, dan ia adalah salah satu unsur yang tidak ada fungsi dan manafaat terhadap sel-sel hidup.

Tidak menghairankan bahawa penggunaan aluminium dalam anti-perspirants dikatakan mempunyai hubung kait dengan ‘systemic accumulation of aluminium’ , punca meningkatnya risiko penyakit Alzheimer.

Telah ditemukan juga melalui satu kajian yang dilakukan pada tahun 2004 oleh Dr Kris McGrath, seorang ahli alergi Chicago yang mendakwa telah menemui hubungan antara antiperspiran, mencukur ketiak dan kanser. Beliau percaya bahan penyebab yang terdapat di dalam antiperspiran adalah racun dalam garam aluminium seperti aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium zirkonium. Beliau mengatakan, walaupun bahan-bahan tersebut biasanya tidak menembusi kulit dan tidak menimbulkan masalah, namun dengan mencukur boleh mengakibatkan perkara yang sebaliknya terhadap kulit. Perlakuan mencukur sebenarnya, mengganggu kulit seumpama membuka pintu untuk kemasukan bahan-bahan berkenaan, kerana tepat di bawah kulit terdapat sistem lymphatic, yang bersambung dengan payudara.

Dalam kajian tersebut, lebih dari 400 pengidap kanser payudara di Chicago memperakui bahawa mereka biasa menggunakan antiperspirants dan mencukur ketiak. Beliau mendapati bahawa wanita yang melakukan pencukuran ketiak yang kerap mengalami serangan kanser payudara 22 tahun lebih awal dari yang tidak melakukannya.

Terakhir para penyelidik British, telah menemui juga jejak bahan kimia lain yang disebut paraben, digunakan sebagai pengawet dalam deodorant, pada rangkaian yang diambil dari wanita yang mengidap kanser payudara. Mereka juga telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam Journal of Toxicology yang memberikan pandangan kemungkinan bahan kosmetik yang digunapakai pada ketiak menjadi antara faktor penyebab kanser payudara. Walaupun tidak jelas bagaimana berlaku mekanisme yang diajukan, tapi yang pasti adalah lebih selamat untuk mengelakkan semua antiperspiran dan deodoran, yang mengandungi bahan-bahan tersebut demi keselamatan.

Wednesday, February 9, 2011

Virgin Coconut Oil And Aids Patients


No matter how one tries to deny that there is a stigma associated with this disease. A person with AIDS (PLWHA) is rarely outdoors because they are often feared and judged severely. immunodeficiency syndrome or AIDS is a disease that is considered cured death has not yet been discovered. Recent studies indicate that if virgin coconut oil is probably the ultimate cure.

Human immunodeficiency virus (HIV) is the virus that causes AIDS. Attacks the immune system to a person living with HIV to become sensitive to almost all types of infections. A person can be infected with HIV for years before becoming the AIDS virus. Once diagnosed with AIDS, a person can expect to live only for 3 years. This virus is usually transmitted through sex, sharing needles, or any exchange of blood. A mother with HIV can transmit the virus to her fetus.

The search for a cure

It was in the 1980's when the ability of medium-chain fatty acids as capric and lauric the fight against HIV was discovered. Antiviral drugs are currently prescribed are not able to save lives and restore the health of the AIDS victim. Besides the fact that the virus can develop resistance to these drugs, it also has many undesirable side effects. medium-chain fatty acids are said to be a more effective remedy, because it attacks the virus in a different way to other drugs. Instead of targeting the genetic material of the virus, the virus breaks outside AGCM. Absorption AGCM virus weakens the lipid membrane of the virus and eventually kill the virus. This mechanism of action, it is almost impossible for the virus to develop resistance strain AGCM.

Dr. Conrado Dayrit, a doctor from the Philippines was the first study on coconut oil for the treatment of patients with AIDS. Their study examined the effect of monolaurin and coconut oil in patients with HIV 14, the ages between 22 and 38. Four grams of monolaurin one day was devoted to four patients, while five of them received 7.2 g of monolaurin. The last group received 3 ½ c. tablespoons coconut oil per day. At the end of the study (six months), viral load decreased in nine patients. Two of them were the first group, four in the second and three in the third group. Eleven of them showed improvement in health. This research shows that monolaurin and coconut oil can be used to treat AIDS patients.

Most View Video:Guru Parah,Pelajar Cedera Disimbah Asid