Thursday, March 29, 2012

Asid Dan Minyak Kelapa Dara


Kebelakangan ini riuh diperkatakan di dada akhbar-akhbar tempatan mengenai geng asid yang kembali mengganas di lembah kelang. Kes terbaru melibatkan seorang guru S.Rani dan seorang pelajar Nur Aqilah Osman berserta beberapa orang awam yang sedang menunggu bas di Rawang.Berikut ialah petikan peristiwa sebagaimana yang diceritakan semula oleh Nur Aqilah Osman.

“Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit,” kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.”

Petikan di atas merupakan kejadian simbahan asid terbaru yang dilakukan oleh manusia gila yang tak sepatutnya hidup di muka bumi ini. Rentetan peristiwa-peristiwa sebegitu membuatkan kita tertanya-tanya apakah motif sebenar penjenayah-penjenayah gila tersebut. Apa yang saya ingin kaitkan disini ialah mengenai khasiat minyak kelapa dara yang mampu meredakan kesan terbakar akibat terkena asid.


Sebagaimana yang kita tahu asid merupakan sejenis kimia yang bersifat menghakis yang boleh mendatangkan kecederaan teruk sekiranya terkena pada permukaan kulit atau mana-mana anggota tubuh badan kita.Di bawah ini saya akan sertakan satu kisah atau lebih tepat testimoni daripada seorang magsa asid formic atau cuka getah.Bezanya Puan Rosiah ini terkena cuka getah di badan dan mukanya akibat tergelincir semasa kerja-kerja menorah getah dan bukannya angkara penjenayah gila.

Asid formic atau lebih di kenali sebagai cuka getah adalah pemangkin untuk proses pembekuan susu getah(lateks). Sifatnya yang menghakis boleh mendatangkan kecedaraan seperti melecur dan buta jika terkena pada mata jika tidak di kendalai dengan cermat dan berhati-hati. Namun begitu,manusia merancang dan Allah yang menentukan. Malang tidak berbau bagi puan Rosiah yang merupakan penoreh getah sejak bertahun-tahun dahulu,apabila kemalangan telah berlaku dan menimpanya ketika sedang melakukan kerja-kerja membekukan susu getah. Pada hari Isnin tersebut,dalam hujan renyai-renyai beliau ingin menyegerakan kerja-kerja dan pulang awal ke rumah. Oleh kerana licin,tanpa di sedari ketika mencapai bekas berisi cuka getah(asid formic) tersebut,tiba-tiba ia terjatuh dan sebahagiannya terpercik ke badan dan muka beliau. Serta merta kulitnya mula memerah dan melecur di sebabkan sifat penghakis asid tersebut. Dengan menahan kesakitan,beliau berlari ke rumah dan mengambil minyak kelapa dara asli keluaran bioasli yang sentiasa menjadi keperluan di rumahnya dan segera menyapukan ke bahagian kulit yang terkena cuka getah tadi. Kesakitan yang di alami agak reda dan beliau terus merujuk kepada klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang merawat beliau amat terkeju kerana kesan pada kulit yang terkena cuka getah itu tidak melecur dengan teruk. Doktor tersebut menyatakan terdapat kes sepertinya pada minggu sebelumnya dan mangsa cedera melecur dengan teruk sekali. Puan Rosiah menceritakan pada doktor bahawa beliau telah menyapukan minyak kelapa dara asli keluaran Bioasli pada tempat tersebut dan sendiri merasa tidak percaya dengan kesannya. Beliau bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Bioasli kerana mengeluarkan produk hebat ini.

Jadi apa yang dapat saya simpulkan di sini,khasiat minyak kelapa dara ini terlalu banyak dan kita patut bersyukur dikurniakan herba alam yang sebegini hebat.Tinggal lagi kita nak guna dan explore lebih lanjut mengenai khasiat minyak kelapa dara ini.Jadikan minyak ini stok harian yang mesti ada untuk kegunaan seharian mahupun semasa kecemasan seperti kisah yang dipaparkan di atas.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli bio-asli anda boleh daftar secara percuma di sini

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=banie

Most View Video:Guru Parah,Pelajar Cedera Disimbah Asid