Friday, May 23, 2008

Kualiti VCO

Apakah yang terkandung di dalam VCO sehingga boleh menyembuhkan berbagai penyakit degeneratif? Pertanyaan ini sering kali muncul dalam perbualan seharian. Disebabkan itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan VCO. Dari hasil beberapa kajian, ternyata VCO mengandungi rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan " lauric Oil" yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok. Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam VCO adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.Ternyata sememangnya terlalu banyak kebaikan dan rahsia di dalam minyak kelapa dara yang belum kita terokai..Insyaallah,dapatlah kiranya kita berkongsi lagi rahsia-rahsia kebaikan minyak kelapa dara dalam posting saya yang akan datang..
Technorati Profile

Pemprosesan Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara BIO-ASLI dihasilkan secara organik melalui proses pementasi semulajadi dengan tidak menggunakan haba bagi memastikan struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan "lauric acid" tidak rosak seperti standard yang ditetapkan.

Bagi menjamin kualiti struktur MCF dan antioksidan dalam VCO tidak berubah serta hilang syarikat bio-asli Desaku telah menggunakan teknik khas hasil dari penggabungan, pengubahsuaian dan idea ciptaan mereka sendiri dalam proses penghasilan VCO. Oleh itu, proses penghasilan VCO Bio-Asli tidak menggunakan enzim (merosakan ikatan lipoprotein), pemanasan berperingkat (menghilangkan antioksidan) dan pemangkin asid (menguraikan ikatan MCF). Manakala proses pegasingan air dalam minyak tidak menggunakan mesin pemanasan berperingkat yang mana proses ini akan menghilangkan antioksidan. Bio-Asli dihasilkan dengan teknik 100% permentasi (tiada pemanasan, tiada pemangkin kimia dan tiada enzim pemangkin)Manakala proses pengasingan air mengunakan teknik graviti & hidrodinamik dirawat sehingga 0.1 mikron yang dijamin bebas dari segala kotoran.

Tuesday, May 20, 2008

Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.
1)Minyak Kelapa Dara Asli(pure)Vcop
Minyak ini diproses secara semulajadi tanpa menggunakan haba dan sebarang kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.

Most View Video:Guru Parah,Pelajar Cedera Disimbah Asid