Monday, October 10, 2011

Perbezaan Antara Deodoran Biasa,Antiperspiran Dan Deodoran Bioasli

Mengapa perlu memilih deodoran alami ?

Antiperspiran
Kebanyakan orang berfikir bahawa antiperspiran dan deodoran adalah sama. Hakikatnya keduanya adalah produk yang sangat berbeza. Perbezaan mendasar terletak pada mekanisma fungsi produk ini, dan potensinya mempengaruhi kesihatan. Pada dasarnya kedua-duanya merupakan bahan kimia yang menggunakan proses yang berbeza untuk mengurangkan bau badan. Sebahagian bahan tertentu dalam produk berkenaan dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun deodoran sering disebut sebagai alternatif yang lebih baik daripada kebanyakan antiperspirant.

Antiperspirant, selain mengandungi bahan wangian, ia juga mengandungi sebatian kimia yang berfungsi menyumbat, menutup atau menghalang pori-pori liang roma dengan astringents kuat seperti garam aluminium klorida, aluminium klorohidrat dan aluminium zirkonium sehingga peluh tidak dapat dilepaskan. (Nota : aluminium boleh terkumpul dalam otak.)


Deodoran Biasa
Sementara deodoran biasa berfungsi dengan meneutralkan bau keringat dan dengan bertindak sebagai antiseptik yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak. Deodoran tidak menghalang keringat, tetapi mencegah bau.

Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang deodoran, iaitu dengan beranggapan bahawa ia hanya bahan beraroma yang menutupi bau badan. Oleh itu mereka lebih cenderung untuk memilih antiperspirant, yang mereka anggap berfungsi menghilangkan bau, berbanding deodoran yang pada anggapan mereka hanya menutupi bau.

Kesimpulannya deodoran adalah lebih baik kerana ia tidak mengganggu proses perpeluhan, proses pendinginan tubuh semulajadi.

Kumpulan-kumpulan persatuan pengguna serata dunia kini terus menyuarakan keprihatinan atas alasan keselamatan dan kesihatan awam yang berhubung kait dengan produk kecantikan, dan tidak terkecuali deodoran dan antiperspirant. Beberapa kajian menunjukkan potensi risiko kesihatan yang berkaitan dengan sebatian aluminium ditemui di dalam kebanyakan antiperspirants. Kajian yang serupa juga telah menemukan risiko yang mungkin disebabkan oleh paraben di dalam beberapa deodoran. Kedua-duanya telah dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik, termasuk kanser payudara.

Sebahagian besar pengeluar dan pelbagai badan kesihatan dunia, menyatakan bahawa kajian berkenaan tiada cukup asas terhadap dakwaan mereka.Walaupun terdapat jaminan, serta perakuan profesional kesihatan berhubung dengan tiadanya bukti kukuh yang dapat dikaitkan risiko berbagai penyakit dengan penggunaan antiperspiran dan deodoran namun penggunaan deodoran adalah lebih disyorkan berbanding penggunaan antiperspirant, kerana penggunaan antiperspiran yang berfungsi menghalang pori-pori dan mencegah keringat mungkin bukan pilihan yang sihat.


Deodoran Bioasli
Sebagaimana kebanyakan deodoran, deodoran Bioasli tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh atau menghalang keringat, tetapi berfungsi menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila seseorang berpeluh, meneutralkan bau keringat dan bertindak sebagai antiseptik, yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak, selain menutupi bau.
Kehadiran minyak kelapa dara, yang bersifat anti bakteria, anti virus dan anti kulat sebagai komponen utamanya, menjadikannya sangat berkesan untuk menghalang sebarang aktiviti bakteria pada mana-mana bahagian luar kulit manusia yang berpotensi menghasilkan bau yang tidak diingini.
Selain itu minyak kelapa dara yang terdiri dari MCFA sangat membantu memelihara mana-mana bahagian kulit yang terlibat. Minyak kelapa dara sangat berkeupayaan untuk membantu meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru menggantikan sel-sel kulit yang mati. Hasilnya kulit akan tetap anjal dan segar. Manakala kandungan antioksidan dalam minyak kelapa dara sangat berupaya menghalang sebarang tindak balas aktiviti radikal bebas, membantu melambatkan proses penuanan (kedutan) pada mana-mana bahagaian kulit yang terlibat.
Sesuatu yang menarik deodoran Bioasli bebas dari penggunaan sebarang paraben yang biasa digunakan dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran.Walaupun deodoran Bioasli sangat popular digunakan pada bahagian ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh lain, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini, seperti di bahagian ari-ari, atau mana-mana bahagian lain yang difikirkan perlu.

0 comments:

Most View Video:Guru Parah,Pelajar Cedera Disimbah Asid