Monday, October 10, 2011

Cara Mengetahui Perbezaan Antara Deodoran Dan Antiperspiran

Untuk memelihara dan menjaga agar kulit sentiasa sihat, tetap kering dan mengelakkan kegatalan, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara deodoran dan antiperspiran. Ada banyak jenis deodoran dan antiperspirant di pasaran, namun sebelum membuat pilihan samada berdasarkan jenama atau aroma, perlu diketahui beberapa maklumat asas tentang deodoran dan antiperspiran.
1.Deodoran

i. Deodoran digunakan untuk menutup bau atau memusnahkan bakteria yang menyebabkan bau. Ia tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh, tetapi sebaliknya berfungsi menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila sesaorang berpeluh, samada dengan memusnahkan bakteria yang berperanan melakukan penguraian peluh, punca bau yang tidak enak.

ii. Deodoran boleh digunakan pada mana-mana bahagian tubuh, bukan hanya pada bahagian ketiak. Walaupun deodoran sangat popular digunakan pada ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini.

iii. Deodoran boleh didapati samada dalam bentuk mineral, gel, serbuk, krim dan juga semburan. Bagi deodoran yang dalam bentuk serbuk amat sesuai digunakan pada bahagian kaki, sementara krim dan semburan deodoran sesuai digunakan di bawah lengan atau ketiak.

2.Antiperspiran.

i. Ramai menganggap bahawa antiperspiran adalah subset dari deodoran, tapi tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Sebenarnya deodoran menghalang bau, manakala antiperspirants menghalang peluh.

ii. Diantara kandungan utama antiperspiran adalah sebatian aluminium yang berfungsi secara berkesan untuk mengurangkan pengeluaran peluh.

iii. Antiperspirant memasuki tubuh anda melalui saluran peluh dan membentuk plug sementara untuk tidak membenarkan pelepasan keringat. Ia adalah seumpama gabus yang menyekat pembukaan pada sebiji botol.

iv. Tidak seperti deodoran, antiperspiran kebiasaannya hanya digunakan pada bahagian ketiak tubuh sahaja, dan jarang digunakan pada bahagian tubuh yang lain.

v. Seperti deodoran, antiperspiran boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk gel, krim serbuk, dan juga semburan.

0 comments:

Most View Video:Guru Parah,Pelajar Cedera Disimbah Asid